Pemandu treler diberkas selepas melanggar pokok di PIE, dua penunggang motosikal cedera

KODE IKLAN 200x200
Dua penunggang motosikal cedera dan seorang pemandu treler diberkas selepas kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) malam semalam.
Pihak polis berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan tersebut sekitar PIE menuju ke arah Lapangan Terbang Changi, selepas susur keluar Bukit Batok dan Ekspreswe Ayer Rajah.


Dua penunggang motosikal, berusia 28 dan 37 tahun, masih sedarkan diri semasa dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, menurut jurucakap polis.

Pemandu treler tersebut seorang lelaki berusia 37 tahun, diberkas berkaitan kes itu, menurut jurucakap.

Menurut laporan, pemandu treler tersebut hilang kawalan kenderaannya dan melanggar pokok.

Pada masa yang sama, dua penunggang motosikal juga hilang kawalan.

Siasatan polis masih diteruskan.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==